Friday, March 9, 2007

Haiwan Dan Habitatnya

Nama Saintifik:Pongo pygmaeusKlasifikasi:Order : PrimatesKeluarga : PongidaeHuraian:Orang Utan tidak mempunyai ekor tetapi mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Ia mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Utan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Kelakuan:Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Ia sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Ia hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.
Nama Saintifik:Pongo pygmaeusKlasifikasi:Order : PrimatesKeluarga : PongidaeHuraian:Orang Utan tidak mempunyai ekor tetapi mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Ia mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Utan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Kelakuan:Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Ia sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Ia hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.Taburan:

Nama Saintifik:Cervus unicolor Klasifikasi:Order : ArtiodactylaKeluarga : CervidaeHuraian:Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).Kelakuan:Makanan utamanya adalah rumput, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Ubi sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Ia akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, ia akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri. Ia hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan. Taburan:India, Indonesia, Asia Tenggara. Habitat:Hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga altitud setinggi 10,000 kaki.

Nama Saintifik:Bos gaurus hubbackiKlasifikasi:Order : ArtiodactylaKeluarga : BovidaeHuraian:Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 6 kaki dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.Kelakuan:Ia hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh jantan yang berkuasa. Mereka lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat di bawah pokok sepanjang hari. Makanan utama mereka adalah rumput-rumpai, maka mereka dapat ditemui di kawasan di mana rumput, herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi. Sekeluarga dengan:Lembu, Banteng dan Kambing Gurun. Habitat:Hutan Tropika dan Tanah Berhutan